Thank you for your interest in our preschool programme at Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, we are very blessed to receive numerous requests each year for information about our preschool programme and the registration procedures for enrolment. This FAQ (in Bahasa Malaysia) is provided to answer some of your most common questions regarding the registration and enrolment procedure. :-)
YURAN DAN SYARAT KEMASUKAN
S: Bilakah pendaftaran untuk sesi 2014
akan dibuka?
J: Pendaftaran untuk sesi 2014 telah dibuka mulai 1
Julai 2013.
S: Apakah yang perlu saya lakukan
untuk mendaftarkan anak saya?
J: Sila rujuk diagram di bawah:-
S: Bolehkah saya membuat pendaftaran
pada bulan Disember nanti?
J: Boleh, jika masih ada kekosongan tempat.
S: Berapakah jumlah yuran untuk
mendaftarkan anak saya yang berusia 5 tahun pada tahun 2014?
S: Berapakah bayaran untuk ‘booking’
tempat bagi sesi persekolahan 2014?
S: Berapakah yuran bulanan untuk tadika
sahaja (‘kindy only’) sesi 2014?
J: Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah
RM250 manakala untuk cawangan BSP
ialah RM220.
S: Berapakah yuran bulanan untuk tadika
dan ‘daycare’ (‘kindy & daycare’) sesi 2014?
J: Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah
RM410 manakala untuk cawangan BSP
ialah RM380.
S: Anak saya tidak akan hadir selama
2 bulan kerana ibunya cuti bersalin, perlukah saya membayar yuran bulanan
Tadika?
J: Ya, yuran bulanan Tadika perlu dibayar seperti biasa
kerana tempat anak tuan tidak diganti dengan pelajar lain sepanjang tempoh
berkenaan.
S: Adakah wang pendaftaran akan
dikembalikan sekiranya kami membatalkan kemasukan ke Tadika?
J: Bayaran pendaftaran RM100 (pendaftaran pelajar baru)
atau RM50 (pendaftaran pelajar lama) tidak
akan dikembalikan. Hanya bayaran tahunan 2014 sahaja yang akan dikembalikan
selepas 31 Disember 2013.
S: Anak saya lahir pada 29 April
2010, umurnya belum cukup 4 tahun pada 1.1.2014, bolehkah anak saya mendaftar
untuk sesi 2014?
J: Boleh, anak tuan/puan akan berusia 4 tahun pada tahun
2014.
S: Anak saya masih minum susu
menggunakan botol susu, adakah Tadika akan menerima kemasukannya?
J: Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang
minum susu menggunakan cawan sahaja di Tadika.
S: Anak saya masih perlu memakai
lampin pakai buang, adakah Tadika akan menerima kemasukannya?
J: Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang sudah
‘fully potty trained’ dan tidak perlu memakai lampin pakai buang di Tadika.
Walaubagaimanapun, untuk anak-anak ‘daycare’, Tadika masih boleh terima
sekiranya perlu memakai lampin pakai buang sewaktu tidur.
PERATURAN TADIKA
S: Saya perlu menghantar anak ke
Tadika sebelum pergi ke tempat kerja, pukul berapa Tadika dibuka setiap pagi?
J: Pada tahun 2014, Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP
akan dibuka pada pukul 7 pagi. Hanya Tadika Alif Ceria P16 sahaja yang akan
dibuka pada pukul 7.30pagi.
S: Saya perlu menghantar anak saya
awal ke Tadika, bilakah sarapan akan diberikan?
J: Sarapan pagi akan diberikan pukul 10 pagi setiap
hari. Ibubapa/penjaga dinasihatkan memberi anak minum susu dan sarapan ringan
sebelum menghantar anak ke Tadika.
S: Pukul berapakah caj lebihmasa mula
dikenakan untuk anak-anak ‘daycare’?
J: Caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP
bermula selepas pukul 6 petang manakala caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria
P16 bermula selepas pukul 6.30 petang.
S: Berapakah caj yang dikenakan untuk
lebihmasa?
J: RM5 bagi setiap 30 minit atau sebahagian daripadanya.
S: Adakah caj lebihmasa juga
dikenakan untuk anak-anak ‘kindy only’?
J: Ya. Caj lebihmasa akan dikenakan sekiranya anak
tuan/puan masih berada di Tadika selepas pukul 1.30 petang.
S: Adakah makan tengahari disediakan
untuk anak-anak ‘kindy only’?
J: Tidak, makan tengahari hanya disediakan untuk
anak-anak ‘daycare’ sahaja.
PROGRAM
S: Apakah konsep pembelajaran yang
digunapakai di Tadika?
J: Kami menggunapakai pendekatan belajar melalui bermain
(‘Learn Through Play’). Anak-anak dibiarkan bebas bergerak dan meneroka di
dalam ruang pembelajaran tertentu tanpa terbatas kepada kerusi dan meja di
dalam kelas.
S: Sebagai Tadika yang berdaftar
dengan Kementerian Pelajaran, apakah program yang digunapakai di Tadika?
J: Tadika Alif Ceria menggunakan modul KSPK (Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan 2010) sebagai program dasar. Sebagai nilai
tambah terhadap KSPK, kami menerapkan konsep Islamik (‘Islamic integration’)
dalam semua tema/modul KSPK.
Selain itu
kami juga menggunakan modul-modul dari luar negara yang dibeli khas sebagai
rujukan dan sokongan kepada kaedah pengajaran di Tadika.
S: Saya difahamkan ujian bertulis
tidak diadakan di Tadika. Bagaimanakah prestasi anak dapat dinilai?
J: Anak-anak dinilai melalui pemerhatian berterusan oleh
para guru. Ini adalah selari dengan sistem Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (2010) yang tidak membenarkan sebarang ujian bertulis diadakan di
Tadika. Prestasi anak akan dimaklumkan semasa perbincangan dua-hala antara guru
dan ibubapa semasa Perjumpaan Ibubapa-Guru (Parents
Meet) yang diadakan 3 kali setahun.